Monday 16 March 2015

moden kah tak cukup benang?

assalammualaikum,
alhamdulillah ,anda semua masih boleh melaku kan kewajipan sebagai khalifah di muka bumi ini,juga sebagai anak, cucu, ibu ,ayah ,datuk ,nenek dan sebagai nya. Sempena dengan kesyukuran itu marilah kita memuji pencipta kita sejenak. Salam dan selawat keatas nabi muhammad saw ,ahli keluarga dan juga para sahabat.tidak lupa kepada wali wali allah dan juga para pejuang kebenaran. marilah kita bersatu dan bergerak di bawah satu jemaah yang kuat dan lagi sahih kebenaran nya.



jeling-jeling di tengah kota,
menghayati keindahan dunia,
pandang menjadi kering pahala,
itukah tanda menghargai nikmat pencipta,

pandangan hanya suka-suka,
tapi pandang nya bawa bahaya,
bayaha pada kamu dan aku juga,
kamu suka aku pun jua,
kita sama sama tanggung derita,

ikut dunia zaman maju,
tak perlu ajaran dahulu,
kolot di mata dunia baru,
teruja maju nya dunia baru,
tanpa had akal juga nafsu,

amalan moden yang kamu bilang,
tapi lupa apa yang dahulu dilarang,
dilarang itu lah yang kolot di sangka moden sekarang,
itulah amalan zaman jahiliah yang di larang,
jika pantang yang disangka kolot sekarang,
jangan lupa amalan moden kamu dari mana datang,
bukankah dari dahulu mereka suka menentang,
pakaian mereka juga tidak cukup benang,
jelaslah kamu sbenarnya kolot terang-terang,

tak nampak hikmah halus pantang itu,
pantang yang hak datang sudah lama dahulu,
pantang dari yang haq pencipta kamu,
cubah lah cari pasti akan dibantu,
ada usaha pasti kan bertemu,
kebenaran pasti untuk yang berfikir dek kamu,

sekian,
karya asli encik pinang,




Monday 2 March 2015

Yang Terbaik

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w , serta kaum kerabat dan para-para sabahat . Besyukur kerana saya dan anda semua masih mampu bernafas di atas bumi Allah ini . Tidak kira yang tidak mampu berjalan, yang mampu baring , yang tidak mampu melihat, tapi percaya lah semua nya di kasihi Allah s.w.t .Bukti nya kita masih di beri peluang untuk berusaha yang terbaik untuk bekalan akhirat kelak.

sumber gambar:google


YANG TERMAMPU
...................................
Dongak ke langit tanda merayu padanya,
Agar izinnya turut mengiringi,
Bersamaku usaha separuh nyawa,
Tak perlulah mereka pandang,
Tapi cukuplah dia yang Maha Melihat,

Sunyi dari teknologi maju,
Bukan maksud ketinggalan zaman,
Cuma aku tak nampak di dunia mereka,
Tak selalu ada,
tapi,
tetap ada tanda tahu bergaul,
Bukan hidup tak celik hiburan,
tapi masa alihkan pandanganku,
Mencari sesuap nasi untuk besok,

Jika sudah berdiri tak sama tinggi,
Baju tak sama kedai,
Kami pulang bawa dulang kami,
Jangan risau adat akan dipatuh,
Jika merak jaga bulunya ,
Pipit juga mengjaga maruahnya,
Kami bukan gagak sudah makan tinggalkan sisanya,

sekian...

Thursday 19 February 2015

belajar??

Riwayat: 
 al-Bukhari
Hadith: 
 
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW apabila bercakap sesuatu percakapan yang baik Baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali sehingga percakapan itu dapat difahami. Apabila Baginda pergi menemui satu-satu kaum, Baginda memberi salam kepada mereka sebanyak tiga kali.
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Peringatan kepada guru dan pengajar supaya mengambilkira dan menilai keadaan pelajar jika mereka kurang faham atau lambat faham hendaklah diulangi penyampaian supaya mereka faham. Sebanyak-banyak ulangan ialah tiga kali.
  2. Percakapan yang terang dan mengunakan perkataan yang baik semasa menjelaskan sesuatu perkara adalah di anjur dalam Islam.
  3. Islam menggalakkan seseorang supaya mengulangi sesuatu perkataan yang baik sehingga tiga kali bagi sesuatu perkataan yang diucapkan agar ianya dapat difahami dengan jelas oleh orang yang mendengar.

KAKI

parut di kaki sekecil kecilnya nampak,
parut di dahi sebesar besarnya tak nampak,
mulut berjalan tangan kosong dikenang,
kaki melecet yang memikul tak dipandang.